Monday, 26 August 2013

Eiya and Jiea

holooo fellas x How's doing? Tadi lepak rumah jiea :) eiya yang ambik aku naik motor. kitaorang lepak main ukulele. hehehe best! Jiea and Eiya memang sporting gila even aku baru dua kali jumpa diaorang. They're too friendly! I love them. Aww :p Then tadi nak makan sebab kita orang lapar tahap!@#$%^& hahaha. Kami hanya ada sebiji motor dan kitaorang 3 orang k! Takkan nak naik motor sampai 3 orang. Itu sakai namanya kehkeh~ First eiya hantar jiea dulu. Then eiya ambik aku. Kitaorang makan makan makan dan makan. Heeee ^^ then nak balik tuh aku suruh eiya hantar aku tapi rumah aku kan jauh dari rumah diaorang so aku macam taknak lah susahkan dia. Then aku text kembar aku "boleh tolong?" "apa? boleh je" "aku nak balik takda transport :( ambik aku?" "hm tuh lah. keluar tadi tak ingat nak balik macam mana. kau kat mana? aku datang sekarang" " kehkeh alaa sorry lah doo. kat kedai mana sebelah kfc ni" "okay aku datang" then kembar aku pon sampai~ nasib lah kembar aku ada kalau tak maknanya aku balik sengsorang T.T hahaha. then atas motor eiya dengan jiea kat atas motor asyik memekak je! Ish geram betul. Hahahaha. Then aku dengar kembar aku naik motor kitaorang sembang lah blablabla. Then dah sampai dia turunkan aku dekat depan rumah. Aku cakap "weh thanks tau, macam ni lah kembar aku" "no problem hahaha kita kan kembar" "haha okay bye!" "bye" then dia balik. aku pon masuklah rumah. perlu ke aku cerita lepas aku masuk rumah tuh aku buat apa? hahha. THE END <3

Sunday, 25 August 2013

iloveyou

hello assalammualaikum. what are you doing now? lewls harini wa ponteng sekolah~ ehem wa kan pelajar cemerlang hehehe. tak tahu ah nak story apa sebab takda story \o/ ottokke? hahaha. hmmm nak type apa eh harini? hahaha. okay lah nak cerita pasal pakwe baru. sebenarnya macam ni, haritu aku online then ada sorang mamat ni chat. muka dia comel gila, sumpah! hahaha. then dia mintak couple aku pon apa lagi terus je lah terima. hmm dia tuh dah lah comel T.T hahahaha i love you awak :p nama dia GD. Dia duduk jauh sangat, dekat Korea sana~ hm so sad kan? okay marilah beramai ramai hempuk saya dengan pasu bunga kahkah. sebenarnya takda cerita lah. hahahaha ok cukup lah ni dah boleh post hahaha byeeeee :3

Friday, 23 August 2013

Anak hussein.

Hello! Guess what? Eiman dah balik dari asrama! Pergh. Kehkeh. Aku rindu gila do dengan dia :3 Hehehe okay aku gedik -____- Tadi lepas je aku mandi, aku online lah. Buka notifications and tetiba ada nama dia sebab dia like pic yang aku upload aku. Aku pon apa lagi, menjerit ah! Terkejut gila k, hahaha. Sebab aku ingat kan dia balik sini sabtu depan. So macam pelik. Tak lama lepas tu dia text aku. Faham tak perasaan aku yang dah berbunga? hahaha :p Okay aku gedik tahap maksimum sekarang. Then dia tanya aku kat mana. So aku reply lah dekat rumah. Dia cakap dia kat pasar. So aku cakap tolong belanja aku, aku saja je nak gurau. Haha tetiba dia reply "kau nak apa? aku tengah kaya ni" aku macam... omfg, hahahaa. Aku reply lah "nak ice-blended weh!" "okay 15 min aku sampai"

Selepas 15 minit dia sampai rumah hantar ice-blended aku :p Kehkehkeh~ Pergh weh eiman, sayang kau! Hahaha. Dia datang dengan rafiq. Then lepak kejap lah. KEJAP JE~ Tuh je nak cerita. Hahaha. Bye uolsss :p

Thursday, 22 August 2013

Hello ^^ buat apa? Tadi tak sekolah sebab ada sukan. So malas nak pergi stadium. Kekeh. So tadi lepak dekat rumah Aqilah with Atikah. Aqilah ada keyboard. Aku ada ukulele. Atikah ada guitar. Style tak? Dah boleh buat band kan? Kehkeh *muka bangga* Hm tadi ingatkan nak tengok The Conjuring sebab mira ada cd nya. Tapi...... tak kesampaian *jerit* sedih okay sedih. So tadi kitaorang bergossip, buat lagu dan main... SAHIBBA! Macam budak budak kan? Hahaha. Tapi tadi aku menag okay :p *muka bangga sekali lagi* hahaha okay lah. itu je -.- sebenarnya rindu nak post, tapi tak tahu nak post apa. hahaha kbye :*

Wednesday, 21 August 2013

Love❤

Hello :D Dah 2 hari kut tak update blog :O Hahaha k. Sebenarnya kan........... aku dah TERfalling dekat someone ni. Hm. TER okay TER!!! Sejak bila aku mula sayang dekat dia pon aku tak tahu. Dan aku tak tahu dari mana datangnya perasaan itu. Ish wahai perasaan, nyah kau dari duduk dalam hati aku *jerit* Hmm. Hahaha aku mula menjadi gila :3 Entahlah...... aku rasa macam aku dah suka kat dia lah. Ish bencinya perasaan ni. Kan best kalau perasaan sebegini tak pernah wujud dalam dunia. Takdalah aku merana sangat sebab aku suka kat dia~ kehkehkeh. Tahu tak betapa merananya bila kita dah ada mula sayang kat seseorang? Tahu? Tahu tak? Huh *lap peluh* Kenapalah aku perlu suka seseorang.... kenapalah hati aku ni degil sangat nak suka pada seseorang? Kenapa lah degil sangat nak sayang dekat orang? Kenapa? Tak boleh ke kau duduk diam-diam wahai hati. Haihhh :3 Rasa macam nak rentap je hati and then baling ke laut jejauh :( but whyyyyyyyyyyy?! Dear heart, why him? *sigh* Tahu tak dia tuh kan comelelelele sangat! >< Wa melting to the maximum okay! Hm. Dia tuh comel, pendek dan gila. Hahahaha. Aku rindu kau sebenarnya. Kau dengar tak? *jerit* dear you, i love you to the moon and back :*

Sunday, 18 August 2013

boredom strikes

Second post in two days. Well, harini kan aku ponteng sekolah so boleh lah update blog banyak-banyak. Hehehe. Aku rindu EIMAN lah sebenarnya~ HADI & RAFIQ pon aku rindu jugak. Kehkeh~ Tapi aku lebih rindu Eiman sikit lah. SIKIT LAH~ Hahaha. Bila lah nak lepak macam haritu lagi ek? :( Serious rindu gila do nak menggila dengan korang lagi, haih :3 Untung seh dapat kawan macam korang :D Aku asyik gelak je masa hari sabtu tuh. hahaha you're really make my day broooo! Hihihi. Nanti kita lepak lagi macam ni tau? Haaaaaa nanti birthday aku korang kena bagi hadiah tau :p Rafiq, kau kan KEMBAR aku. Kau kena bagi aku hadiah yang BESAR okay? Kehkehkeh~ Bila lah nak cuti lagi ni, sumpah rindu gila ni dengan eiman, hahaha :p ehem ehem *batuk* Rindu sebagai kawan boleh kan? heeeee :D Tolong jangan fikir bukan-bukan okay. Hahaha.

i am stupido

Sebenarnya aku nak cerita something tapi macam tak boleh keluar dari mulut ah :( Salah aku ke ni? Semalam aku share dengan Hadi tapi sebenarnya itu bukanlah cerita yang sebenar. Nak cerita perkara sebenar tapi macam tak lepas dari mulut. Hahaha stupid mai is stupid!  Mai, kenapa lah kau suka sangat buat orang yang berada si sekeliling kau tuh kecewa? sedih? menangis? Tak boleh ke kau duduk diam-diam buat kerja sendiri tanpa buat orang sakit hati? Hahahaha bodohnya aku ni. Macam mana aku nak selesaikan benda ni............ hm :( ya allah............ macam mana ni :( aku rasa macam aku dah sakitkan hati ramai orang dah T.T argh! serabut! kalau aku boleh ulang balik masa kan..... aku nak betul kan balik apa yang aku dah buat, apa yang aku salah like seriously do aku ni bodoh nak mati. ergh!

HADI EIMAN RAFIQ AIDIL :****

Ehem. Best gila semalam! Hadi, Eiman, Rafiq & Aidil datang raya rumah! ^^ Hekhek. Sumpah best gila ah lepak dengan diaorang! Diaorang datang pukul 3 balik pukul 6. Lama en lepak rumah aku? Dengan mak aku takdanya, hahaha. First diaorang makan kat rumah aku mula2 tuh cam malu jugak hahaha --' Dah tuh lelama kitaorang keluar rumah ramai2 then SNAP! Ish best gila ah hahaha. Serious best gila dapat lepak macam tu. Bila lah lagi nak dapat lepak camtu en? Harini Eiman dah balik hostel :-( Hmm. Rindu dooo dia :3 Hehehe. Hadi & Rafiq pulak dah lah dapat jumpa setahun sekali je, ishhhh. Serious banyak gila gambar kitaorang tangkap sampai battery camera pon dah nak habis, hahaha. Eiman makin tinggi, Rafiq suara comel, Hadi makin comel, Aidil makin kurus~ Hehehe. Nanti lain kali kita lepak lagi k? Hee bestnya! XD Nah tengok lah semua gambar yang ada disini. 

Tangkap gambar ramai2! Heee aku yang ditengah tuh paling comel :p
Aku paling suka gambar atas second tuh. Wuuu malu ah diaorang tengok muka aku macam tuh kekeke :p 


Dengan Eiman, Rafiq & Hadiiii :D

Haaa itu je lah banyak lagi actually gambarnya. Tapi malas nak upload kekeke.
Okay tuh je nak share. Lain kali update lain. Byeeeeeeee! ^^

Friday, 16 August 2013

ARSYAEFFA SABARI :*

Hello :-) Had so much damn fun today! Wuuuu~ First time meet with my bitch, Effa at Jaya Jusco Bukit Tinggi. She's 15 years. She's Exostan. Dieharkpoppers lewls~ Hahaha. Masa nak jumpa dia tadi, nervous kot. Eceh macam nak jumpa pakwe je sampai nak nervous, hahaha -.- First kata nak jumpa kat entrance tuh, but aku turun dekat depan Starbucks. And then called her "Effa, where the hell are you now? Im at starbucks" "Oh yes okay im at watson" "wait for me, i will go there" "okay" And aku dah sampai sana, sesat pulak sengsorang, hahaha. Dah lah everyone staring at me with their sharp eyes like imma murderer. Pfftt. Then called Effa balik. "Woi aku kat belon ni" "Okay aku datang sana" *2 minutes later* Effa "Kau kat mana? Aku dah sampai ni" "Mana kau Effa? Tak nampak pon" *me look behind* and i saw her. "Weh pandang belakang" *Effa looked behind* "Maiii!" "Effa!!" Hahaha. EXCITED! Then kitaorang terus jalan ke kedai yang menjual kpop stuff. omfg, aku boleh gila kalau masuk kedai tuh. Semua benda kat situ aku nak beli! Hahaha. After that pergi makan. Kejap nak makan mekdi, nak makan chicken rice, nak makan dekat food court. Aduh pening kepala aku. Hahaha. Last sekali kita decided nak makan kat subway :) Lepas makan, kitaorang pergi jenjalan~ pusing-pusing~ Effa kalau nampak lelaki comel je was like 'omg, he is cute! wtf, what his name? omg blablabla' hahahaha funny much. After that pergi kedai kpop tuh balik and guess what? Kitaorang about an hour kat dalam tuh memilih barang --' Hahaha. Effa beli notebook and postcard exo. Aku beli notebook GD dan bracelet GD :) After that masuk popular. Kitaorang tengok lah magazine pasal exo. Kitaorang tengok gambar exo semua then adalah sorang minah ni datang kat kitaorang and point her finger at luhan's pic and said "he is mine". We're was like ''wth, who the hell is she? does you know her? is she your friend?" Blergh hate that bitch. Dia ingat kitaorang kisah sangat ke? Dah lah poyo -.- Lepas je dia cakap macam tuh dia sengih kat kitaorang. Errr whateva lah bitch let her be. Then kitaorang terus keluar dari kedai tuh. Errr, so weirdo lah that kid. Point her finger and said that luhan is mine? Look at me now, am i look i care so much? lol you wont ever can have luhan either in dream though bitch. Err buat sakit hati je fikir pasal that kid, hahaha okay forget about it. I think enough for today. Will update you soon!

Thursday, 15 August 2013

ATIKAH IS STUPIDO.

Second post. Pernah tak rasa sunyi? Pernah? Kita boleh jadi geng :') Kalau korang rasa sunyi, korang buat apa? Terjun bangunan? Makan? Menangis? Guling atas katil? Hm. And bila kita sedih kita mesti nak someone datang pujuk kita. Tak kisah lah dia tuh kawan kita ke, crush ke, or something tapi kita mesti nak ada orang yang boleh kita share cerita kan? Samalah dengan aku. Tapi........... hm. Aku takda siapa lah nak share story :3 Atikah seorang je boleh faham perasaan aku. Orang lain semua tak boleh nak faham perasaan aku :') Bukan lah orang lain tak faham perasaan aku tapi orang lain tak boleh faham perasaan aku sebagaimana Atikah faham perasaan aku :') Weh gila, terima kasih jadi kawan baik aku okay? Ingat tak dulu kita pernah janji nak pergi sambung study Korea sesama. Boleh usyar pakwe Korea kat sana kan? Hihi. Kau dah janji kan? Jadi kau kena tunaikan tau :') Tak sabarnyaaaaaaaaa~ Hope kita boleh jadi kawan baik sampai mati okay? Atikah, stay by my side and be my best friend forever okay? Heeeeee :* Aku sayang kau doh~ Mohon faham perasaan aku ni. Hahaha. Weh Atikah, satu je benda aku nak cakap. Tapi......... hm. Takut kau sentap pulak baca, hehehe. Sebenarrnya aku nak kau bela rambut kau panjang, jangan potong pendek lagi okay? Ingat comel ke? Kehkeh~ Tak payah nak style kpop sangat lah, hahaha :p Okay Atikah, jangan marah aku. Aku hanya menjalankan tugas, kehkehkeh. Alright, enough for today. Jari aku penat sangat -.-

Random post ᵔᴥᵔ

Assalammualaikum. Hello~ Lama dah tak jumpa en? Hahaha. Okay ini first update in 2013. First of all, nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN! Banyak tak duit raya tahun ni? Macam mana raya? Best? Tahun ni bagi aku macam kurang lah, hm entah lah :3 Mungkin sebab duit raya dapat sikit kot, kehkehkeh. Sebenarnya, nak bagitahu yang im happy with my life now! Hm tak tahu lah sebab apa, tapi........ sekarang ni aku rasa happy je~ Heeee. Tak lama je lagi dah nak bulan DISEMBER! Ohmaigadddd, cant wait for it. You know what? Im planning for celebrating my birthday with Annur and Asyiqin because they're sharing same month with me~ Nak pergi sunway lagoon tapi diaorang tak setuju. Ish. So we're decide to go Jaya Jusco Bukit Tinggi. Pon bolehlah~ Asalkan boleh celebrate. Hehe. After that, nak celebrate birthday aku jugak tapi with the other gang! Dekat mana tak decide lagi lah pulak. I think enough for now, type panjang-panjang pon korang bukan baca sampai habis. Buat penat jari je menaip, hehehe. So people, i've to go! Good night, sweet dream! Love, Mai xo